Asus Zenfone Max M2 Kini Boleh Dikemaskini Dengan Android 9.0 Pie

Asus Zenfone Max M2 Kini Boleh Dikemaskini Dengan Android 9.0 Pie

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Asus Malaysia telah menawarkan telefon pintar mampu-milik Zenfone Max M2 untuk pasaran tempatan sejak awal tahun 2019 ini. Menariknya, sekiranya anda merupakan antara pengguna telefon pintar berkenaan, kini anda boleh menyemak peranti anda untuk menerima kemaskini Android 9.0.

Asus Zenfone Max M2 hadir dengan skrin 6.3-inci HD+, cip Snapdragon 632, memori 4GB RAM, storan 32GB, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM599 ketika pelancarannya dahulu.

Bagi anda yang menggunakannya, anda boleh ke halaman Settings > System, dan menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, sekaligus menikmati sistem operasi versi terbaru Android pada peranti anda.


TIPS & ULASAN