Honor hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor 20 Pro. Seperti kebanyakkan peranti terbaru, ia turut melalui ujian penanda aras DXOMark, sekaligus menduduki tangga ketiga tertinggi dengan skor sebanyak 111.
Honor 20 Pro merupakan telefon pintar terbaru Honor yang hadir empat kamera belakang, mengabungkan lensa 48-megapixel menggunakan sensor Sony IMX586, lensa telefoto 8-megapixel, lensa rakaman ultra-lebar 16-megapixel, dan lensa rakaman makro 2-megapixel.
Secara keseluruhan, menurut pihak DXO, ia menawarkan rakaman autofokus yang pantas dan jitu, kawalan kesan hingar yang baik, dan kesan bokeh yang cantik. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kehilangan kejituan rakaman ketika dalam cahaya terang.
Untuk rakaman video pula, ia menyertakan sokongan penstabilan efisien selain sokongan rakaman autofokus pantas. Namun terdapat kesan hinggar pada keadaan cahaya malap.
Dengan skor sebanyak 111, boleh dikatakan ini merupakan telefon pintar Honor dengan sokongan kamera terbaik dipasaran – malah boleh dikatakan pada harga yang lebih berpatutan berbanding peranti mercu lain dengan skor melangkaui 100 dipasaran pada hari ini.