Cari @ Amanz

Honor hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Honor 20, iaitu Honor 20 dan juga Honor 20 Pro. Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan kamera belakang yang disertakan bersamanya yang mampu merakamkan gambar berkualiti tinggi dan baik – mendahului pelbagai telefon pintar pesaing yang lain.

Honor 20

Model pertama yang akan dipasarkan secara meluas adalah Honor 20. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.26-inci, menawarkan rekaan skrin berlubang untuk memposisikan kamera swafoto, dijana cip Kirin 980, memori sehingga 6GB, dan storan sehingga 128GB. Ia turut hadir dengan bateri 3750mAh dengan sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W.

Honor 20 Pro

Honor 20 turut menyertakan kamera 48-megapixel dibelakang yang menggunakan sensor f/1.8 tanpa sokongan penstabilan optikal, ditambah dengan sokongan lensa 16-megapixel rakaman ultra-lebar, lensa 2-megapixel makro, dan lensa depth

Untuk Honor 20 Pro pula, ia menyertakan penawaran lebih kurang sama – tetapi dengan kamera lebih baik, serta bateri lebih besar.

Honor 20 Pro menggunakan skrin berlubang 6.26-inci, dijana cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut menggunakan bateri 4000mAh yang boleh dicas menggunakan pengecasan SuperCharge 22.5W.

Pada bahagian kamera, ia menyertakan kamera 48-megapixel Sony IMX586 f/1.4, menyokong penstabilan optikal, dan dilengkapi sensor 16-megapixel rakaman sudut ultra-lebar, lensa 8-megapixel telefoto, dan 2-megapixel untuk makro.

Honor 20

Dengan sokongan lensa telefoto, ia sekaligus menawarkan sokongan zum optikal sehingga 3x bersama dengannya, selain zum digital sehingga 30x. Untuk rakaman swafoto, kamera 32-megapixel disertakan pada bahagian skrin berlubang dihadapan.

Kedua-dua model ini menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti – salah satu perkara yang dipopularkan Sony sebelum ini.

Honor 20

Honor bakal melancarkan telefon pintar ini secara rasminya di Malaysia pada hari Khamis ini, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai penawarannya untuk pasaran tempatan ketika itu.

Honor 20

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd