Apple Kini Menawarkan Program Gantian Kekunci Kupu-Kupu Percuma Untuk Semua MacBook

Apple Kini Menawarkan Program Gantian Kekunci Kupu-Kupu Percuma Untuk Semua MacBook

Diterbitkan pada Mei 22, 2019 oleh .

Masalah papan kekunci kupu-kupu (Butterfly) telah dilaporkan sejak ia diperkenalkan empat tahun yang lalu. Pada waktu tersebut Apple mengatakan hanya sebahagian kecil pengguna terkesan dengan masalah seperti kekunci tidak mengesan tekanan dan tersekat. Kemudian pada Jun 2018, mereka meminta maaf dan menawarkan program gantian percuma pada model MacBook tertentu sahaja.

Tetapi nampaknya masalah papan kekunci kupu-kupu ini turut berlaku pada model baharu seperti MacBook Air yang baru dilancarkan. Oleh itu Apple telah mengemaskini polisi gantian papan kekunci untuk kesemua model MacBook di pasaran yang menggunakan papan kekunci ini. Berikut ialah model MacBook yang layak menerima gantian papan kekunci kupu-kupu percuma empat tahun selepas tarikh pembelian.

  1. MacBook (Retina, 12-inci, 2015)
  2. MacBook (Retina, 12­-inci, 2016)
  3. MacBook (Retina, 12-inci, 2017)
  4. MacBook Air (Retina, 13-inci, 2018)
  5. MacBook Pro (13­-inci, 2016, 2 port Thunderbolt 3)
  6. MacBook Pro (13-­inci, 2017, 2 port Thunderbolt 3)
  7. MacBook Pro (13-­inci, 2016, 4 port Thunderbolt 3)
  8. MacBook Pro (13-­inci, 2017, 4 port Thunderbolt 3)
  9. MacBook Pro (15-­inci, 2016)
  10. MacBook Pro (15-­inci, 2017)
  11. MacBook Pro (13-inci, 2018, 4 port Thunderbolt 3)
  12. MacBook Pro (15-­inci, 2018)
  13. MacBook Pro (13-inci, 2019, 4 port Thunderbolt 3)
  14. MacBook Pro (15-­inci, 2019)

TIPS & ULASAN