Kemaskini Windows 10 May 2019 Update Kini Boleh Dimuat-Turun

Kemaskini Windows 10 May 2019 Update Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 22, 2019 oleh .

Microsoft hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran kemaskini terbaru untuk sistem operasi Windows 10, iaitu Windows 10 May 2019 Update. Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna, dan dijangka ditawarkan secara lebih meluas menjelang Jun kelak.

Kemaskini terbaru ini menyertakan sejumlah penambah-baikkan dan ciri-ciri baru, termasuk sokongan Kaomoji, fungsi “Windows Sandbox”, selain tema baru untuk Windows 10.

Bagi pengguna yang ingin memasangnya hari ini, anda boleh ke halaman tetapan Windows Update hari ini, dan memilih Check for Updates – sekaligus memulakan proses kemaskini hari ini.


TIPS & ULASAN