Adobe Premiere Rush Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Android

Adobe Premiere Rush Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Android

Diterbitkan pada Mei 22, 2019 oleh .

Majoriti pengguna kini mengambil gambar dan video menerusi telefon pintar, Bagi mereka peranti di tangan adalah komputer mudah alih yang menggantikan kamera digital, kamera video digital dan komputer. Bagi peminat videografi, Adobe Premiere Rush ditawarkan bagi membolehkan suntingan video yang profesional dilakukan. Ia kini boleh dimuat turun oleh pengguna Android.

Sebelum ini Premiere Rush hanya ditawarkan kepada pengguna desktop dan iOS. Kerana ia dibangunkan khusus untuk kegunaan pada peranti, terdapat templat untuk menghasilkan video melintas, menegak dan empat segi yang sesuai untuk perkongsian pada media sosial. Menerusi aplikasi ini video yang dihasilkan akan disimpan terus ke storan Adobe Cloud. Oleh itu suntingan dapat diteruskan pada desktop atau peranti iOS pada bila-bila masa.

Premiere Rush boleh dicuba secara percuma untuk tiga projek pertama atau melanggan pada harga RM40.99 sebulan.

Muat turun Adobe Premiere Rush dari Google Play Store


TIPS & ULASAN