Carian
YouTube Tidak Akan Lagi Memaparkan Jumlah Pengikut Saluran Sepenuhnya
May 22, 2019 Effi Saharudin

Jumlah pengikut pada akaun media sosial menjadi pengukur “nilai” seseorang. Angka yang tinggi membolehkan anda menjadi pemangkin media sosial yang menjual pakej iklan. Bagi golongan YouTuber pula, jumlah pengikut saluran tidak akan lagi dipaparkan sepenuhnya bermula Ogos 2019.

Menurut YouTube selepas ini hanya angka yang paling hampir akan dipaparkan bagi akaun yang mempunyai lebih 1000 pengikut. Saluran dengan 53,999,999 pengikut akan hanya memaparkan lencana 53 Juta. Saluran dengan 133,017 pengikut pula hanya akan memaparkan lencana 133K. Hanya pemilik saluran boleh melihat jumlah langganan yang tepat menerusi Studio. Perubahan ini dilakukan bagi menyeragamkan paparan pada peranti Sebelum ini jumlah pengikut yang tepat hanya boleh dilihat pada versi desktop.

Tetapi terdapat spekulasi dilakukan selepas jumlah pengikut ini memberikan imej negatif kepada YouTube. Awal tahun ini jumlah turun naik pengikut saluran PewDiePie dan T Series menyebabkan pergaduhan. Terkini pergaduhan di antara James Charles dan Tati Westbrook pula menjadi perbualan media sosial. Dengan jumlah pengikut tidak lagi dipaparkan, kegilaan melihat kejatuhan sesebuah saluran selepas skandal tidak lagi berlaku.

Komen