Permainan Popular Di PC, League of Legends Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Mudah-Alih

Permainan Popular Di PC, League of Legends Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

League of Legends merupakan salah satu permainan yang popular dikalangan pemain PC, dan mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia. Terkini, ia dilaporkan yang mana Tencent dan Riot Games sedang membangunkan permainan League of Legends untuk peranti mudah-alih.

Akhir-akhir ini, ia dikatakan permainan League of Legends sedikit kurang popularnya berbanding beberapa tahun lepas – dan salah satu kaedah yang dilihat untuk membuatkan pengguna memainkannya dengan lebih aktif adalah dengan pengenalan versi permua. Versi permua juga dijangka akan meningkatkan lagi angka pemain League of Legends di Asia.

Buat masa ini, Tencent sendiri menawarkan beberapa permua dengan penawaran bentuk permainan yang lebih kurang sama, dan salah satunya adalah Arena of Valor. Namun, permua berkenaan juga tidak begitu popular – jikalau dibandingkan dengan permua lain Mobile Legends.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah League of Legends ini akan dilancarkan untuk Android dan iOS. Berkemungkinan kita akan melihatnya seawal 2020 kelak.


TIPS & ULASAN