Redmi K20, salah satu telefon mercu daripada Redmi bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan. Selari dengannya, pihak Redmi telah mula berkongsi sedikit demi sedikit gambar acah berkenaan fungsi-fungsi yang akan disertakan padanya.
Terkini, Redmi K20 turut disahkan yang mana ia akan menggunakan pengimbas cap jari pada skrin – salah satu trend baru yang popular dikalangan peranti-peranti mercu. Ini juga sekaligus memberikan petanda peranti Redmi K20 ini akan menggunakan skrin AMOLED padanya.
Selain daripada itu, ia telah dikongsikan sebelum ini yang mana Redmi K20 akan hadir dengan kamera 48-megapixel, selain bateri berkapasiti 4000mAh.
Redmi K20 akan dilancarkan secara rasminya pada 28 Mei ini, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini dalam hari-hari akan datang.