OnePlus kini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terkini untuk pengguna peranti OnePlus 3 dan OnePlus 3T – sekaligus membolehkan pengguna kedua-dua peranti berkenaan menikmati sistem operasi Android 9.0 Pie terkini.
Bersama-sama dengannya juga, ia menyertakan sedikit perubahan pada antaramuka, Gaming Mode 3.0, integrasi Google Duo pada bahagian dialer, serta integrasi Google Lens pada kamera.
Bagi anda yang menggunakan OnePlus 3 atau OnePlus 3T, boleh menyemak peranti anda hari ini dan menikmati sistem operasi versi baru ini.