Paparan Carian Google Di Peranti Mudah Alih Dikemaskini Bagi Memberikan Penekanan Pada Sumber

Paparan Carian Google Di Peranti Mudah Alih Dikemaskini Bagi Memberikan Penekanan Pada Sumber

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

“Cuba try Google” ialah frasa yang sering digunakan apabila kita ingin mencari jawapan kepada sesuatu soalan. Tetapi tidak semua maklumat di Internet boleh dipakai kerana kini terdapat banyak penyebaran dari sumber yang batil. Bagi memudahkan pengguna memilih sumber yang lebih baik selepas melakukan carian, antaramuka Google pada peranti mudah alih telah dikemaskini.

Keputusan carian kini memberikan penekanan kepada sumber dengan memaparkan nama serta logo laman di atas dan bukan lagi di bahagian bawah pautan yang sebelum ini berwarna hijau. Dengan paparan baharu ini, pengguna melihat maklumat lebih lengkap mengenai sumber sebelum menekan pautan yang ingin dibaca. Antaramuka carian Google baharu ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat.


TIPS & ULASAN