Firefox ScreenshotGo – Aplikasi Mengurus Rakaman Skrin Daripada Firefox

Diterbitkan pada Mei 23, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal tahun, Mozilla telah membuat pengumuman yang mereka akan tamatkan program ‘Firefox Test Pilot’. Dengan pengumuman itu, pengguna tidak boleh menguji ciri/fungsi baru dari Firefox. Tetapi mereka turut mengatakan kelak di masa hadapan, eksperimen-eksperimen baharu akan muncul.

Terkini, satu aplikasi baharu telah diterbitkan oleh mereka – Firefox ScreenshotGo. Ia adalah sebuah aplikasi untuk menurus rakaman-rakaman skrin yang diambil pengguna. Keunikan aplikasi ini adalah, pengguna boleh mencari imej rakaman skrin yang disimpan melalui teks yang terkandung dalam imej rakaman skrin tersebut. Perkara ini tidak mustahil kerana, aplikasi ini mampu mengenalpasti teks dengan mudah.

Seterusnya, Firefox ScreenshotGo hadir dengan butang terapung ‘Go Button’. Butang ini akan terapung di skrin peranti pengguna untuk memudahkan pengguna mengambil rakaman skrin mengikut aplikasi dengan mudah. Kemudian, ia terus boleh disimpan dalam album khas.

Buat masa ini, aplikasi ini masih berada dalam ujian beta. Antara pepijat yang hadir adalah fungsi ‘Go Button’ yang kelihatan seperti tidak berfungsi. Bagi yang berminat, ia sedia di muat turun di Google Play Store melalui pautan di bawah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami