Butiran Peribadi Pengguna Instagram Tertiris Melalui Kod Sumber Laman Web

Butiran Peribadi Pengguna Instagram Tertiris Melalui Kod Sumber Laman Web

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Ketirisan data dan perkhidmatan Facebook berpisah tiada. Sewaktu Facebook dan WhatsApp mengalami isu keselamatan dan ketirisan data, nampaknya Instagram turut menghadapi masalah yang sama.

Beberapa pakar sekuriti telah menemui satu isu dimana butiran peribadi pengguna Instagram boleh dilihat melalui kod sumber apabila profil pengguna diakses melalui pelayar web.

Diantara butiran yang dapat dilihat melalui kod sumber tersebut termasuklah alamat emel dan nombor telefon yang tidak dilihat pada profil secara terbuka. Tirisan ini juga diketahui apabila sebuah syarikat dari India didapati menyimpan butiran alamat emel dan nombor telefon beberapa juta pengguna Instagram diseluruh dunia.

Dengan sedikit penyelidikan, ia juga didapati bahawa ketirisan maklumat ini berlaku sejak Oktober tahun lepas, dan selepas Instagram diberitahu mengenainya, ia telah diperbetulkan pada bulan Mac.

Instagram juga sedang menyiasat syarikat tersebut kerana mereka disyaki mendapatkan maklumat tersebut menggunakan cara-cara yang salah.

Kini, Instagram memberi pilihan kepada pengguna mereka untuk meletakkan butiran-butiran tersebut pada profil pengguna terus, dan telahpun membuangkan data tersebut daripada kod sumber jika mereka tidak ingin mendedahkannya.


TIPS & ULASAN