SKMM Hadir Dengan Garis Panduan Untuk Pengambilalihan Dan Penggabungan Syarikat

SKMM Hadir Dengan Garis Panduan Untuk Pengambilalihan Dan Penggabungan Syarikat

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Beberapa minggu lalu, rakyat digemparkan dengan berita bahawa Axiata dan Telenor, dua konglomerat telekomunikasi yang cukup dikenali di rantau Asia akan bergabung menjadi satu syarikat. Ini juga bermakna bahawa Celcom dan Digi, dua diantara syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia akan bergabung menjadi satu syarikat sahaja.

Gabungan ini merisaukan ramai pengguna kerana ia akan mengurangkan persaingan diantara syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, dengan gabungan Celcom dan Digi tersebut akan menjadikannya syarikat telekomunikasi terbesar dengan jumlah pengguna yang sangat ramai.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) baru-baru ini telah hadir dengan garis panduan untuk pengambilalihan dan gabungan syarikat melalui laman web mereka.

Garis panduan ini memperlihatkan apakah yang dimaksudkan dengan pengambilalihan dan gabungan, kriteria yang diperlukan untuk mengesahkan kedua-dua proses tersebut, dan juga industri-industri yang tertakluk dibawah garis panduan tersebut.

Dalam pada itu, SKMM turut memperkenalkan dokumen Pembenaran Tingkah Laku untuk mendapatkan kebenaran untuk melakukan sesuatu aktiviti yang mempunyai kebarangkalian akan disiasat oleh pihak SKMM.

Anda boleh membaca dokumen-dokumen ini di laman SKMM untuk mendapatkan pengetahuan lanjut.

Baca garis panduan pengambilalihan dan gabungan di sini

Baca dokumen Pembenaran Tingkah laku di sini


TIPS & ULASAN