Samsung Galaxy Fold Edisi Game of Thrones Boleh Dimiliki Pada Harga Mencecah RM 34,000

Samsung Galaxy Fold Edisi Game of Thrones Boleh Dimiliki Pada Harga Mencecah RM 34,000

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Siri TV epik Game of Thrones menamatkan siarannya pada Isnin lalu. Siri fantasi ini memegang rekod sebagai rancangan yang paling banyak dicetak rompak dan antara yang paling mahal. Bagi peminat GoT yang masih belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal ke dunia Westeros, Samsung Galaxy Fold edisi Game of Thrones telah diumumkan.

Ia dihasilkan oleh firma Caviar dan hadir dengan pelbagai kemasan tambahan yang diperbuat daripada emas. Pada bahagian luar terdapat ukiran naga dan juga panel yang diperbuat daripada kulit. Jata keluarga Lannisters, Stark, Baratheon, Targaryen, Tully dan Greyjoy turut menghiasi panel belakang peranti. Turut disertakan ialah peta lengkap benua Westeros yang diukir pada permukaan kulit.

Samsung Galaxy Fold edisi Game fo Thrones ini dijual pada harga $8200 (~RM 34,383) sebuah. Ia walau bagaimanapun hanya akan dihasilkan sejurus selepas Galaxy Fold dilancarkan semula. Pelancaran peranti ditangguhkan oleh Samsung kerana masalah pada skrin yang boleh dilipat.


TIPS & ULASAN