Tiga Permua Snap Games Yang Terbina Pada Snapchat Kini Boleh Dimainkan

Tiga Permua Snap Games Yang Terbina Pada Snapchat Kini Boleh Dimainkan

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Bulan lepas, Snap telah memperkenalkan platform permainan mereka tersendiri Snap Games. Permainan ini membolehkan para pengguna untuk bermain secara masa-nyata bersama rakan-rakan anda yang lain, dan bersaing dalam mendapatkan markah paling tinggi. Apa yang menarik, pengguna tidak perlu memuat turun secara asing, kerana ia terbina dalam aplikasi Snapchat.

Semasa pengumuman dibuat, enam permua telah diumumkan dan kesemua permua ini adalah hasil kerjasama dengan pembangun-pembangun luar seperti Zynga dan juga ZeptoLabs. Terkini, tiga permua Snap Games yang terbina dalam Snapchat boleh dimainkan. Permua-permua tersebut adalah; Snake Squad (variasi permainan Snake popular), Zombie Rescue Squad (permainan tembak-menembak mayat hidup) dan Bitmoji Party (banyak permainan mini yang dikawal oleh seorang dan tujuh orang jadi mangsa).

Permua-permua ini boleh dimainkan dalam Snapchat versi 10.57.0.0. Atas percubaan saya, permua Zombie Rescue Squad tidak terpapar, Ini berkemungkinan beberapa permua akan diterima melalui kemaksini dari bahagian pelayan. Jika anda mempunyai ramai teman aktif di Snapchat, jemput mereka untuk bermain bersama-sama dan luangkan masa bersama. Jika tidak, anda akan bermain dengan pengguna-pengguna Snapchat dari luar negara.

Muat Turun Snapchat Di Play Store


TIPS & ULASAN