Cari @ Amanz

Komputer riba gaming ASUS TUF Gaming FX505 merupakan sebuah siri laptop yang cukup terkenal di pasaran tempatan kerana spesifikasinya yang cukup berkuasa dan tanda harga yang boleh dikatakan diantara yang paling mampu milik di pasaran tempatan.

Dengan pengumuman siri kad grafik NVIDIA yang terbaru melalui siri NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti dan NVIDIA GeForce GTX 1650, pelbagai pembuat komputer riba, termasuklah ASUS hadir dengan kemaskini model-model laptop gaming mereka.

Dari segi spesifikasi dalaman, ASUS memilih untuk menggunakan CPU AMD Ryzen 5 3550H dan AMD Ryzen 7 3750H dan bukannya CPU Intel seperti laptop-laptop gaming sebelum ini. Ia juga dilengkapi dengan memori DDR4 sehingga 8GB dan storan SSD sebesar 512GB.

ASUS TUF Gaming FX505 terbaru ini juga dilengkapi dengan pilihan kad grafik dari NVIDIA GeForce GTX 1650, NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti dan NVIDIA GeForce RTX 2060.

Sama seperti model-model sebelum ini, ia juga dilengkapi paparan skrin hampir nirbingkai sebesar 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 120Hz.

Menurut pihak ASUS Malaysia lagi, ASUS TUF Gaming FX505 dengan spesifikasi terbaru ini akan dijual di pasaran tempatan bermula bulan Jun kelak dengan tanda-tanda harga berikut:

  • ASUS TUF Gaming FX505 (AMD Ryzen 5 3550H, 4GB RAM, NVIDIA GTX 1050) – RM2899
  • ASUS TUF Gaming FX505 (AMD Ryzen 5 3550H, 4GB RAM, NVIDIA GTX 1650) – RM3199
  • ASUS TUF Gaming FX505 (AMD Ryzen 7 3750H, 4GB RAM, NVIDIA GTX 1650) – RM3499
  • ASUS TUF Gaming FX505 (AMD Ryzen 7 3750H, 8GB RAM, NVIDIA GTX 1660Ti) – RM4399
  • ASUS TUF Gaming FX505 (AMD Ryzen 3750H, 8GB RAM, NVIDIA RTX 2060) – RM5199
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd