Kecerdasan Buatan Samsung Menghasilkan Animasi Realistik Berdasarkan Imej Dua Dimensi

Kecerdasan Buatan Samsung Menghasilkan Animasi Realistik Berdasarkan Imej Dua Dimensi

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Pembelajaran mesin boleh digunakan untuk menjejak kanser dan melatih sistem pintar yang digunakan di rumah. Tetapi terdapat juga aplikasi dalam dunia kreatif. Penyelidik dari Samsung AI Center, telah memperlihatkan sistem pembelajaran mesin yang menggerakkan imej dua dimensi berdasarkan hanya beberapa gambar statik.

Dengan hanya satu gambar, sistem mampu menghasilkan topeng 3D yang kemudian boleh dimanipulasi untuk menghasilkan animasi. Topeng 3D ini kemudian boleh digunakan sebagai “bingkai” untuk meletakkan wajah imej yang ingin digerakkan. Video di atas menunjukkan animasi yang dihasilkan dengan lukisan Mona Lisa.

Ketepatan animasi yang dihasilkan adalah bergantung kepada sampel gambar yang diambil. Dengan mengambil 16 swafotonya misalnya, video pengolokan yang kelihatan lebih realistik dapat dihasilkan. Keunikan pembelajaran mesin ini ialah animasi dapat dihasilkan menggunakan sampel gambar statik yang kecil. Sebelum ini video yang dimanipulasi boleh dihasilkan tetapi memerlukan jaringan neural menonton video selama 14 jam.

Sumber Arxiv menerusi VentureBeat


TIPS & ULASAN