Kumpulan Perbankan RHB Berhad kini telah melancarkan platform baharu perbankan mereka iaitu RHB SME e-Solutions. Platform RHB SME e-Solutions ini adalah salah satu daripada input yang terdapat pada ekosistem RHB SME. Terdapat pelbagai penawaran perbankan pada operasi PKS. Malah RHB turut berkerjasama dengan Financio bagi penyediaan perisian perbankan berasaskan awanan untuk sistem operasi.
Platform ini menyediakan pelbagai ciri kemudahan pada aktiviti dalam perbankan. Antaranya, aliran tunai dan pengurusan kewangan menjadi lebih mudah dan lancar kepada pengguna RHB. Selain itu, RHB akan memperkenalkan lebih banyak ciri mesra perniagaan untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran secara langsung melalui FPX dan DuitNow.
Seterusnya, RHB turut berkongsikan perancangan mereka untuk meningkatkan pembiayaan PKS pada angka RM10 bilion kepada RM31 bilion menjelang 2021 kelak. Platform ini menjangkakan hampir 10,000 penyertaan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang tahun 2020.