Honor Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor 20. Di Malaysia, Honor 20 akan dijual pada harga RM1699.
Honor 20 merupakan telefon pintar berskrin 6.26-inci dengan rekaan skrin berlubang, cip Kirin 980, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.
Melengkapkan ia adalah kamera 48-megapixel dibelakang, yang turut dilengkapi sokongan lensa 16-megapixel rakaman ultra-lebar, 2-megapixel makro, dan juga lensa depth.
Honor 20 turut menyertakan bateri 3750mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W.
Buat masa ini, Honor masih belum mengumumkan tarikh jualannya – yang mana mungkin kita dengar secara rasmi dalam minggu-minggu akan datang.