Instagram Menambah Sokongan Video Berbentuk Lanskap Pada IGTV

Instagram Menambah Sokongan Video Berbentuk Lanskap Pada IGTV

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Instagram sebelum ini telah hadir dengan penawaran IGTV yang membolehkan pengguna berkongsi video pada tempoh yang lebih panjang menggunakannya. Ketika pengenalan, ia hanya sekadar menyokong video berbentuk menegak sahaja – sekaligus membuatkan popularitinya sedikit rendah berbanding apa yang dijangka.

IGTV Lanskap

Hari ini, hal berkenaan berubah. IGTV kini menawarkan sokongan paparan video dalam bentuk lanskap. Hal ini sekaligus akan memudahkan lagi penerbit kandungan untuk menambah video-video sedia ada mereka, selain memudahkan lagi penerbitan untuk platform berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan IGTV, boleh menyemak kemaskini baru ini, dan mula berkongsi video-video berbentuk lanskap terus padanya hari ini.


TIPS & ULASAN