Google Menambah Sokongan Panggilan Berkumpulan Sehingga 8 Orang Pada Google Duo
May 24, 2019
Google
Aman
Google Duo merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk para pengguna membuat panggilan video dengan mudah. Selama ini, ia hanya menyokong panggilan video antara pengguna secara berseorangan.

Kini, dengan musim perayaan menjelang tiba, pihak Google turut menambah sokongan panggilan berkumpulan melaluinya. Pengguna boleh melakukan panggilan video dengan sehingga 8 orang pada sesuatu masa menggunakannya.
Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Android dan iOS bermula hari ini. Anda yang menggunakan Google Duo, boleh menyemak ciri baru ini hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.