Facebook Mematikan 2.19 Bilion Akaun Palsu Pada Suku Pertama 2019

Facebook Mematikan 2.19 Bilion Akaun Palsu Pada Suku Pertama 2019

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Facebook sebagai laman sosial terkemuka dunia turut menghadapi salah satu masalah serius – iaitu kehadiran akaun-akaun palsu yang sering digunakan untuk beberapa tujuan tidak baik, atau untuk membuli pengguna lain.

Menyedarinya, Facebook mengambil langkah awal dalam mengenal-pasti dan memadam akaun-akaun berkaitan.

Menurut Facebook, pada suku ke-4 2018 yang lepas, mereka telah mematikan sekitar 1.2 bilion akaun palsu, sementara pada suku pertama 2019 ini sahaja, mereka telah mematikan sekitar 2.19 bilion akaun palsu.

Facebook turut mengatakan mereka akan terus akan menambah pelbagai kaedah baru untuk mengelak percubaan melanggar polisi penggunaan perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN