Samsung Galaxy A70S Dijangka Menjadi Telefon Pintar Pertama Dengan Kamera 64MP

Samsung Galaxy A70S Dijangka Menjadi Telefon Pintar Pertama Dengan Kamera 64MP

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Samsung sedia hadir dengan model Galaxy A70 sebelum ini. Kini, hadir desas-desus mengatakan Samsung bakal melancarkan model kemaskini Galaxy A70S pada pertengahan kedua 2019 ini – dan ia dijangka menjadi telefon pintar pertama dengan lensa kamera 64-megapixel.

Samsung Galaxy A70

Dengan penawaran berkenaan, Galaxy A70S dijangka menjadi telefon pintar dengan sensor kamera terbesar – sekaligus merakamkan lebih banyak piksel melaluinya. Samsung turut dijangka menyertakan sensor “ISOCELL Bright GW1” padanya.

Selain kemaskini pada kamera, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan lanjut yang bakal disertakan pada telefon pintar Galaxy A70S ini.



TIPS & ULASAN