Nikmati Pelbagai Tawaran Menarik WeChat Pay MY Bersempena Sambutan Ramadan Dan Hari Raya Ini

Nikmati Pelbagai Tawaran Menarik WeChat Pay MY Bersempena Sambutan Ramadan Dan Hari Raya Ini

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Bersempena sambutan bulan Ramadan ini, sebagai ganjaran untuk pengguna kini WeChat Pay MY tampil dengan dua tawaran hebat untuk Starbucks dan Hari-Hari. Selain itu, mereka turut hadir dengan promosi perayaan khas iaitu nikmati kupon dan paket wang melalui ciri Shake Bonus.

Untuk makluman anda, pengguna boleh mendapatkan lebih banyak nilai diskaun bagi setiap pembelian di kedua-dua cawangan ini. Malah pengguna juga berpeluang menikmati kupon tambahan sehingga RM9.90 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM8 di Starbucks dan RM10 di Hari-Hari. Seterusnya, secara tidak langsung anda akan dapat menikmati kupon Shake Bonus, bagi setiap pembelian.

Starbucks

Hari-Hari

Selain itu, bagi mengelakkan pembaziran, WeChat Pay MY telah menetapkan pengguna perlu menebus kupon ini berdasarkan pada tarikh luput dan nilai diskaun yang diberikan. Sekiranya tarikh luput kupon tersebut hampir tiba dan mempunyai nilai tebusan yang tertinggi, ia akan didahulukan dalam setiap pembelian pengguna. Oleh itu, bagi anda yang memperolehi kupon tambahan ini perlu sentiasa peka akan tarikh luput kupon yang dimiliki.

Anda juga masih lagi boleh mengekalkan tradisi perayaan dengan memberikan duit raya melalui WeChat Pay MY pada ciri Pakej Wang dalam aplikasi. Ciri ini sekali gus dapat memudahkan transaksi nirtunai pengguna pada Hari Raya tanpa sebarang masalah. Lebih menarik, pada ciri ini anda boleh memilih rekaan sampul raya anda sendiri kepada penerima.

Peringatan, setiap kupon tambahan ini sah sehingga 14 hari sahaja dan hanya satu kupon sahaja boleh digunakan bagi setiap pembelian. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari pada pautan di bawah.

  Layari: Facebook WeChat Pay MY


TIPS & ULASAN