Fujifilm GFX100 Dilancarkan Dengan Sensor 102-Megapixel
Artikel Berkaitan

Fujifilm GFX100 Dilancarkan Dengan Sensor 102-Megapixel

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Kamera digital format sederhana Fujifilm GFX100 telah dilancarkan semalam. Ia dilengkapi sensor CMOS 102-Megapixel sebesar 55mm yang hadir dengan sistem penstabilan IBIS 5 paksi serta sistem pemfokusan PDAF hibrid. Keseluruhan badan diperbuat daripada logam magnesium dan mempunyai ketahanan air serta debu.

Kemampuan merakam video ialah sehingga 4K 60 10 bit. Terdapat dua slot untuk kad SDXC, USB-C, port mikrofon, bicu audio, WiFi dan bluetooth. Kamera ini juga mempunyai dua panel LCD. Satu di bahagian belakang sebesar 3.2″ yang hadir dengan engsel manakala satu lagi sebesar 1.8″ di bahagian atas yang memaparkan tetapan kamera. EVF pada bahagian atas kamera menggunakan skrin OLED dengan 5.76 juta titik. Ini boleh ditanggalkan sekiranya diperlukan. Fujifilm GFX100 akan mula pada 27 Jun dengan harga bermula $10,000 (~R43,000) sebuah.

 


TIPS & ULASAN