Google Nyah-Senarai Huawei P30 Pro Dan Mate X Di Senarai Android.com

Google Nyah-Senarai Huawei P30 Pro Dan Mate X Di Senarai Android.com

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Android.com adalah laman web mengenai Android daripada Google. Di laman web ini jugalah yang menyenaraikan peranti-peranti Android One, peranti-peranti Android Enterprise dan juga peranti terbaik pilihan Google. Di laman web ini terdapat dua kategori yang Google memilih peranti Huawei sebagai calon terbaik.

This slideshow requires JavaScript.

Kategori pertama adalah ‘5G phones are first on Android‘ dan ‘Cameras that catch the shot‘. Dua kategori ini terdapat peranti Huawei yang disenaraikan sebelum ini. Terkini, selepas kes sekatan US dan Huawei – Google telah membuang peranti Huawei dari senarai. Untuk peranti 5G, Google telah membuang Huawei Mate X. Manakala untuk kamera, Google telah membuang Huawei P30 Pro.

Huawei sebelum ini telah mengatakan mereka akan menawarkan sokongan kemaskini sekuriti dan khidmat-pelanggan kepada produk-produk sedia ada mereka. Sama-sama kita berharap agar pertikaian perdagangan melibatkan Huawei ini dapat diselesaikan secepat mungkin.


TIPS & ULASAN