Cari @ Amanz

Tahun ini sahaja, NVIDIA telah memperlihatkan tiga hingga empat kad grafik baru untuk kelas pengguna, daripada NVIDIA GeForce RTX 2060, NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti, GTX 1660 dan GTX 1650.

Terkini, NVIDIA telah memperlihatkan sebuah video acah dengan tanda nama “Super”, yang boleh menandakan bahawa mereka akan melancarkan sesuatu baru, kemungkinan besar di acara Computex Taipei yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

NVIDIA kini berada di pelbagai arena teknologi, termasuklah industri grafik pengguna, mesin pelayan, kecerdasan buatan, kereta swapandu dan sebagainya.

Buat masa ini, terdapat banyak spekulasi tentang apakah produk yang akan dilancarkan oleh mereka di acara tersebut, tetapi dengan tanda pagar #GeForce yang disertakan bersama-sama video tersebut, terdapat kebarangkalian bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi kad grafik baru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd