Pegatron Dilaporkan Akan Keluar Dari China – Macbook Dan iPad Mungkin Akan Dipasang Di Indonesia

Pegatron Dilaporkan Akan Keluar Dari China – Macbook Dan iPad Mungkin Akan Dipasang Di Indonesia

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Bagi yang menyangka Foxconn adalah satu-satunya kilang yang memasang produk-produk Apple, anda salah. Kerana kilang Pegatron turut terlibat untuk pemasangan produk-produk Apple. Kita kerap lihat di kotak produk-produk Apple, ‘Designed in California, Assemble in China‘ – kelak perkara ini mungkin akan berubah.

Sebelum ini beberapa iPhone pernah dipasang di India, untuk pasaran di negara sana. Namun ia tidak memberangsangkan. Terkini Pegatron dilaporkan akan keluar dari China dan produk-produk Apple seperti Macbook dan iPad tidak lagi akan di pasang di negara ini. Pegatron dikatakan telah memilih PT Sat Nusapersada, iaitu satu kilang pemasangan di Batam, Indonesia. CEO PT Sat Nusapersada – Abidin Hasibuan, apabila ditanya berkaitan hal ini beliau tidak menafikannya. Apa yang pasti produk yang dipasang di kilang ini akan dihantar semula ke Amerika Syarikat.

Menurut laporan lagi, ini bukan kali pertama Pegatron berkerjasama dengan PT Sat Nusapersada. Kemudian, Apple juga dilaporkan telah melabur sekitar $300 Juta untuk membaikpulih dua kilang di Indonesia. Sebelum ini, Apple ingin memilih Vietnam – namun tawaran pekerja yang ditawarkan di Indonesia adalah lebih baik. Kelak jangan terkejut jika anda lihat kotak produk Apple akan tertulis – ‘Designed in California, Assemble in Indonesia‘.


TIPS & ULASAN