MSI GT76 Titan Disahkan – Laptop Gergasi Dengan Spesifikasi Desktop Berkuasa Yang Akan Ditunjukkan Di Computex
MSI

MSI GT76 Titan Disahkan – Laptop Gergasi Dengan Spesifikasi Desktop Berkuasa Yang Akan Ditunjukkan Di Computex

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

MSI ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal untuk komponen dalaman dan juga peranti-peranti seperti desktop dan juga komputer riba yang hadir pada pelbagai tanda harga.

Komputer riba gaming terbaru daripada mereka dinamakan MSI GT76 Titan, dan ia akan diumumkan secara rasmi di acara Computex yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Tidak banyak yang diketahui mengenai komputer riba ini, tetapi dua spesifikasi dalaman utama telahpun dikenalpasti, dan boleh dikatakan sebagai laptop paling berkuasa daripada MSI setakat ini.

Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i9-9900K yang boleh dilewahjam untuk prestasi perkomputeran yang lebih mantap, dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 bersaiz penuh, sama seperti apa yang digunakan didalam komputer-komputer desktop.

Menurut laporan NotebookCheck, GT76 Titan ini juga akan menggunakan sistem penyejukan CoolerBoost Titan yang digunakan didalam model-model komputer riba siri Titan sebelum ini, kebarangkalian besar dengan penambahbaikan baru untuk menyejukkan kedua-dua komponen ini yang pastinya akan mengeluarkan haba yang banyak.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, MSI sudah pastinya akan memperlihatkan komputer riba gaming gergasi ini di acara Computex minggu hadapan. Jika bernasib baik, kami akan dapat melihat laptop tersebut dengan sendiri, dan sahkan sendiri dengan mata kami betapa berkuasanya komputer riba ini.


TIPS & ULASAN