Singapura Melancarkan Kabin Merokok Yang Menapis Asap Bagi Mengurangkan Pencemaran

Singapura Melancarkan Kabin Merokok Yang Menapis Asap Bagi Mengurangkan Pencemaran

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Di Singapura anda hanya boleh merokok di kawasan terbuka yang telah diwartakan. Tetapi sesiapa yang berjalan berhampiran zon merokok ini akan masih terbau asap busuk yang dihembuskan. Ia juga mencemarkan udara dengan gas-gas yang beracun. Smoking Cabin SG telah dilancarkan di negara ini untuk menyelesaikan dua masalah yang kami senaraikan tadi.

Setiap kabin dilengkapi penapis tiga lapisan. Lapisan pertama menapis partikel asap, lapisan kedua adalah penapis HEPA yang memerangkap partikel lebih halus dan akhir sekali ialah penapis karbon yang membuang bayu. Smoking Cabin SG dilengkapi pendingin hawa yang mengekalkan suhu bawah 25 darjah Celsius. Pendingin hawa akan dimatikan dari jam 10 malam hingga 6 pagi

Ia boleh mengumpul 3500 puntung rokok sebelum perlu dikosongkan. Untuk mengurangkan penggunaan kuasa, sistem penapis akan berhenti beroperasi selepas 15 minit apabila mengesan kabin kini kosong. Pembangun Smoking Cabin SG bercadang meletakkan 60 kabin merokok ini di seluruh Singapura menjelang penghujung 2019.


TIPS & ULASAN