Illegear Raven SE Diperkenalkan – Laptop Gaming Mampu Milik Terbaru Oleh Illegear

Illegear Raven SE Diperkenalkan – Laptop Gaming Mampu Milik Terbaru Oleh Illegear

Diterbitkan pada Mei 26, 2019 oleh .

Jenama komputer tempatan Illegear baru sahaja mengemaskini siri komputer riba gaming mampu milik mereka, Illegear Raven dengan model terbaru yang dinamakan Illegear Raven SE.

Kedua-dua model ini dilengkapi dengan pilihan CPU Intel Core i7-9300H dan Intel Core i7-9750H, sokongan memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD NVMe yang cukup pantas sekali.

Dari segi grafik pula, kedua-dua model ini dilengkapi dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 ataupun NVIDIA GeForce GTX 1050 yang cukup bagus untuk menggerakkan permainan-permainan moden pada kadar 720p dan 1080p.

Satu perbezaan ketara yang dapat dilihat pada kedua-dua model laptop ini ialah jenis paparan yang digunakan. Illegear Raven menggunakan paparan IPS hampir nirbingkai bersaiz 15 inci, manakala Raven SE mempunyai pilihan paparan IPS nirbingkai yang sama, tetapi mempunyai karakteristik yang berbeza seperti sudut pandangan yang lebih tinggi ataupun sokongan untuk gamut warna sRGB 100 peratus.

Kedua-dua komputer riba Illegear Raven dan Raven SE kini boleh dibeli melalui laman web Illegear bermula dari harga RM3099.


TIPS & ULASAN