Harga Redmi K20 Pro Tertiris – Snapdragon 855, RM1585

Harga Redmi K20 Pro Tertiris – Snapdragon 855, RM1585

Diterbitkan pada Mei 25, 2019 oleh .

Redmi K20 dikatakan adalah pembunuh segala peranti mercu dan bakal menggantikan OnePlus yang sebelum ini terkenal dengan gelaran tersebut. Banyak maklumat telah tertiris dan juga disahkan. Seperti baru-baru ini adalah, kewujudan bicu audio 3.5mm dengan sokongan Hi-Res.

Terkini, harga buat peranti mercu ini telah tertiris di arena web. Redmi K20 Pro yang dijana dengan Snapdragon 855, bateri 4000mAh dan kamera 48MP ini mungkin akan dijual pada harga bermula RMB2,599 (~RM1585) untuk variasi 6/64 GB. Kemudian akan meningkat sehingga sekitar ~RM1700 untuk 6/128 GB dan untuk 8/128 GB mungkin sekitar ~RM1830.

Jika benar ini adalah harga penjualan Redmi K20 Pro, ia adalah peranti mercu sebenar yang pasti ramai inginkan. Boleh dikatakan, ini adalah pengganti buat Pocophone F1. Kelak jika ia dilancarkan, kita mungkin akan lihat tanda tagar #BaikBeliRedmi mula tular. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN