Google Meraikan Hari Lahir Sudirman Dengan Doodle Khas

Google Meraikan Hari Lahir Sudirman Dengan Doodle Khas

Diterbitkan pada Mei 25, 2019 oleh .

Sudirman mungkin antara penyanyi terbaik pernah dihasilkan oleh negara kita dengan kemenangan di peringkat antarabangsa. Kematian beliau pada tahun 1992 kerana penyakit paru-paru berair masih mendatangkan kesan kepada kami. Sekiranya masih hidup, beliau akan menyambut ulang tahun ke-65 hari ini.

Sempena hari lahir beliau ini, Google Doodle khas memperingati “Sudir” telah dihasilkan. Pengguna di Malaysia boleh melihat Doodle ini pada laman carian Google hari ini. Selain terkenal sebagai penghibur, anak kelahiran Temerloh, Pahang ini turut menjadi penyanyi terawal yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan jenama sendiri dengan melancarkan minuman Sudir. Selamat hari jadi kepada Sudirman Haji Arshad.


TIPS & ULASAN