Carian
SpaceX Melancarkan 60 Satelit Starlink Untuk Menghasilkan Rangkaian Internet Global
May 25, 2019 Effi Saharudin

SpaceX telah berjaya melancarkan 60 satelit Starlink mereka ke orbit semalam menggunakan roket Falcon 9. Projek Starlink akan mewujudkan rangkaian Internet jalur lebar dengan rangkaian 20,000 satelit. Ini ialah inisiatif mereka untuk menawarkan perkhidmatan Internet mampu milik yang melitupi permukaan bumi.

Misi Starlink ini dilancarkan lewat sembilan hari kerana halangan cuaca yang buruk. Setiap satelit Starlink adalah seberat 227 kilogram dan menggunakan kuasa solar untuk beroperasi. Ia mengorbit pada ketinggian 550 kilometer dari permukaan bumi bagi mengurangkan masa pendam pada perkhidmatan Internet yang ditawarkan.

Setiap satelit dibina menggunakan bahan yang 95% akan terbakar sepenuhnya apabila memasuki atmosfera bumi. Ini dilakukan bagi mengelakkan saki baki satelit menjadi sampah angkasa lepas.

Seperti kesemua misi pelancaran SpaceX, roket Falcon 9 yang digunakan kembali mendarat ke bumi untuk digunakan semula untuk misi seterusnya.

Komen