Carian
Opera Bakal Hadir Dengan Pelayar Web Memfokuskan Permainan Video – Opera GX
May 26, 2019 Aman

Opera merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam penawaran pelayar web. Mereka sedia hadir dengan pelayar web desktop dan mudah-alih yang menyertakan pelbagai ciri-ciri menarik. Terkini, Opera turut dilihat dalam persiapan memperkenalkan sebuah lagi pelayar web serba-baru, dinamakan Opera GX.

Opera GX


Melalui halaman promosi untuknya, Opera mengatakan Opera GX merupakan pelayar web pertama yang dibangunkan dengan fokus terhadap permainan video.

Ia dilihat akan hadir dengan rekaan sedikit berbeza dengan pilihan pewarnaan mengikut pengguna, selain gambar acah yang memperlihatkan ikon “Gamepad” pada halaman utama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi ciri-ciri menarik yang akan disertakan bersama dengannya. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam beberapa hari akan datang ini.

Komen