Cari @ Amanz

Bersempena dengan Hari Raya yang menjelang tiba, kini Maxis telah hadir dengan sebuah aplikasi baru dinamakan Deria Takbir – memfokuskan kepada komuniti dengan kelainan pendengaran untuk menghayati Takbir ketika Hari Raya.

Deria Takbir

Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna iPhone terlebih dahulu. Melaluinya, ia membolehkan Takbir Raya yang didengar diubah kepada bentuk visual dan juga getaran – sekaligus membolehkan mereka dengan kelainan pendengaran untuk menghayati Takbir Raya.

Selain daripada itu, aplikasi Deria Takbir ini turut menyertakan pelbagai pilihan bacaan doa yang boleh diikuti untuk kegunaan harian.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Deria Takbir ini secara percuma hari ini di Apple AppStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd