Kemaskini Android Pie Mula Ditawarkan Untuk ASUS ZenFone Max Pro (M1)

Kemaskini Android Pie Mula Ditawarkan Untuk ASUS ZenFone Max Pro (M1)

Diterbitkan pada Mei 26, 2019 oleh .

ASUS ZenFone Max Pro (M1) merupakan peranti kelas pertengahan dengan penawaran bateri berkapasiti besar. Ia didatangkan dengan Android 8.1 Oreo secara terbina, namun kini pihak ASUS telah mula menawarkan kemaskini Android Pie kepada peranti ini.

Kemaskini Android Pie ini membawakan sejumlah antaramuka baru, seperti pada talam notifikasi, paparan pertukaran aplikasi, dan pada halaman Settings. Pengguna juga dapat menikmati fungsi menarik yang lain seperti Adaptive Battery, Digital Wellbeing, dan penambahan 157 emoji baru.

Android 9.0 Pie

Kemaskini ini dilihat hadir dengan nombor binaan 16.2017.1905.053 dan membawakan saiz kemaskini sekitar 1.5GB. Ia juga didatangkan dengan tampalan sekuriti bulanan untuk bulan Mei 2019, selain menambahbaik isu grafik pada permainan PUBG Mobile.

Kemaskini telah ditawarkan melalui Over-the-Air (OTA) dan dijangka akan diterima pengguna secara berperingkat. Bagi pengguna ASUS ZenFone Max Pro (M1), anda boleh menyemak kemaskini ini melalui halaman Settings > System > System Updates.


TIPS & ULASAN