Kingston Melancarkan KC2000 NVMe PCIe SSD – Menawarkan Pembacaan Data Sehingga 3200MB/saat

Kingston Melancarkan KC2000 NVMe PCIe SSD – Menawarkan Pembacaan Data Sehingga 3200MB/saat

Diterbitkan pada Mei 26, 2019 oleh .

Kingston pada sebelum ini telah melancarkan KC1000 NVMe PCIe SSD yang menawarkan prestasi yang pantas bersama perlindungan terhadap ancaman sekuriti. Kini mereka telah hadir dengan model kemaskininya menerusi KC2000 NVMe PCIe SSD yang menawarkan prestasi yang lebih baik.

Kingston KC2000 NVMe PCIe SSD secara kasarnya ditujukan untuk kegunaan profesional dan pasaran komputer berkelajuan tinggi, namun masih menjadi pilihan yang terbaik bagi kegunaan pengguna. Ia menawarkan prestasi yang pantas melalui penggunaan Gen 3.0 x 4 controller bersama 96-lapisan 3D TLC NAND. Untuk sekuritinya pula, ia dilengkapi dengan sokongan eDrive, TCG Opal 2.0, dan AES 256-bit.

Siri storan ini hadir dengan empat jenis konfigurasi yang boleh dipilih iaitu 250GB, 512GB, 1TB, dan 2TB. Dari segi kelajuan, ia menawarkan kadar pembacaan sehingga 3200MB/saat, sementara kelajuan penulisan data sehingga 2200MB/saat.

Dari segi jualan, storan dengan 256GB dijual pada harga $62.40 USD (~RM261.36), sementara konfigurasi 512GB ditawarkan pada harga $114.40 (~RM479.16). Bagi konfigurasi 1TB, ia dijual pada harga $201.50 (~RM843.98), manakala konfigurasi 2TB dipasarkan pada harga $410.80 (~RM1,720.64).

Kesemua siri storan ini turut didatangkan dengan perlindungan waranti selama lima tahun termasuk dari segi sokongan teknikal secara percuma. Ia telah dipasarkan di pasaran antarabangsa terlebih dahulu, namun dijangka akan diperluaskan untuk pasaran tempatan pada akan datang.


TIPS & ULASAN