Casio Mula Menawarkan Pro Trek WSD-F30RG – Hadir Dengan Skrin OLED, Wear OS, Dan Ciri-Ciri Tahan Lasak

Casio Mula Menawarkan Pro Trek WSD-F30RG – Hadir Dengan Skrin OLED, Wear OS, Dan Ciri-Ciri Tahan Lasak

Diterbitkan pada Mei 26, 2019 oleh .

Casio pada sebelum ini sedia hadir dengan siri Pro Trek yang merupakan siri jam tangan tahan lasak dengan sejumlah ciri pintar. Casio pada kali ini telah hadir dengan model terkini untuknya, menerusi perkenalan Casio Pro Trek WSD-F30RG.

Jam tangan ini hadir dengan tampilan berwarna oren ke arah kemerahan bersama tali jam berasaskan kemasan carbon-fiber. Ia juga hadir dengan teknologi paparan dwi-layar, yang membolehkan jam ini dapat bertahan lebih lama melalui penggunaan skrin OLED dan monokrom.

Seperti model sebelum ini, ia juga masih dijana dengan sistem operasi Wear OS bagi membolehkan ia menjalankan sejumlah aplikasi pintar. Casio turut menyertakan aplikasi baru seperti Hole19 dan Fishbrain yang mana masing-masing difokuskan untuk kegunaan golf dan memancing.

Jam tangan ini juga didatangkan dengan sokongan GPS, kompas digital, pengesahan MIL-810G untuk sokongan ketahanan, dan perlindungan air sedalam 50-meter. Dari segi jualan, ia telah disenaraikan pada harga $549.99 (~RM2,303.63) melalui halaman rasmi Casio.


TIPS & ULASAN