Cari @ Amanz

Microsoft dilaporkan sedang membangunkan Surface Pro baru yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini. Apa yang menarik, Surface Pro terbaru ini akan hadir dengan rekaan bingkai yang lebih nipis dan menyertakan sambungan USB-C.

Perkara ini diperlihatkan melalui paten baru Microsoft yang menyajikan lakaran peranti berbentuk Surface. Selain daripada USB-C, ia juga dijangka akan hadir dengan sokongan Type Cover baru yang mempunyai sistem magnetik yang lebih baik.

Paten ini turut memperlihatkan peranti Surface tidak lagi menyertakan port untuk sambungan Surface Connect. Bermakna, peranti Surface Pro baru ini mungkin akan beralih kepada pengecasan USB-C yang bersifat lebih mesra untuk penggunaan berbilang peranti.

Surface Pro baru ini dijangka akan diperkenalkan oleh Microsoft pada suku ke-empat pada tahun. Ia juga dijangka akan membawa kemaskini dari segi cip pemprosesan yang lebih pantas untuk memberi pengalaman penggunaan peranti yang lebih berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd