KaiOS Technologies Menerima Dana Berjumlah USD $50 Juta Untuk Memperluaskan Sistem Operasi Mereka

KaiOS Technologies Menerima Dana Berjumlah USD $50 Juta Untuk Memperluaskan Sistem Operasi Mereka

Diterbitkan pada Mei 27, 2019 oleh .

KaiOS merupakan sistem operasi alternatif yang sering digunakan pada telefon asas. Syarikat disebalik pembangunan sistem operasi ini iaitu KaiOS Technologies telah menerima dana sebanyak USD $50 juta untuk memperluaskan teknologi mereka.

Dana yang diberikan pada kali ini diketuai oleh Cathay Innovation, diikuti dana daripada pelabur sebelum ini seperti Google dan TLC Holdings. Google pada sebelum ini telah melabur ke atas KaiOS sebanyak USD $22 juta pada pertengahan tahun lalu.

Dengan dana yang diberikan ini, mereka dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sistem operasi mereka, terutama dalam penghasilan peranti KaiOS kepada lebih ramai pengguna. Wang daripada hasil dana ini juga akan digunakan di dalam penghasilan produk dan proses penyelidikan sistem operasi ini.

Pada saat ini, KaiOS telah digunakan pada lebih 100 juta pengguna, sekaligus menjadikan ia sebagai sistem operasi ketiga yang mempunyai jumlah pengguna yang ramai. Melalui dana yang diberikan, angka ini dijangka akan terus meningkat dalam menawarkan peranti berkos rendah kepada pengguna.


TIPS & ULASAN