Cari @ Amanz

Telefon pintar di tangan anda mungkin adalah benda paling berharga yang dibawa setiap hari. Pengguna peranti mercu misalnya membelanjakan lebih RM3000 untuk membeli peranti yang digunakan selama beberapa tahun. Kerana nilai jualan semula peranti mercu yang tinggi, mereka juga menjadi sasaran popular penyamun. Di Mexico City, jualan telefon pintar olok-olok mula meningkat kerana kejadian samun di bandaraya tersebut.

Menurut laporan Associated Press, pengguna membelanjakan di antara 300-500 Pesos (~RM 66-110) untuk membeli telefon pintar olok-olok. Peranti olok-olok ini mempunyai skrin yang mampu memaparkan animasi seakan pada skrin dan mempunyai berat yang hampir sama dengan peranti sebenar. Ini diharap dapat digunakan sebagai ganti peranti sebentar sekiranya mereka disamun.

Telefon pintar olok-olok ini sebenarnya dihasilkan bagi mengelakkan kejadian rompakan di kedai tetapi kini digunakan pula oleh penduduk Mexico City untuk tujuan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd