Dompet Digital Boost Kini Membolehkan Masyarakat Menyumbang Derma Secara Nirtunai

Dompet Digital Boost Kini Membolehkan Masyarakat Menyumbang Derma Secara Nirtunai

Diterbitkan pada Mei 27, 2019 oleh .

Baru-baru ini, Boost – aplikasi dompet digital telah memperlihatkan ciri aplikasi mereka iaitu E-Derma. Ciri ini berfungsi bagi penggunaan sumbangan sosial secara nirtunai.

Menerusi pengenalan ciri ini, Boost telah memperkenalkan Yayasan Kebajikan Negara di bawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai rakan kongsi baharu mereka. Kerjasama ini sekali gus dapat memperkemaskan lagi sistem sumbangan secara nirtunai ini pada aplikasi.

Untuk makluman anda, ciri e-derma ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pemupukan nilai menderma dalam kalangan warga digital. Di mana, ia turut memberikan ruang kepada badan amal dan NGO untuk melaksanakan hebahan bagi setiap kempen yang sedang dijalankan. Terdapat 30 badan kebajikan dan rakan NGO telah turut serta dalam platform ini.

Pelaksanaan ciri ini juga adalah sebahagian daripada langkah Boost untuk menghubungkan badan amal bersama masyarakat. Sehingga kini, kutipan pada platform telah mencapai lebih daripada setengah juta ringgit. Malah lebih daripada 4 juta pengguna telah mula giat menggunakan ciri ini bersama dengan tagar #DoGoodWithBoost.

Adanya platform sebegini, kaedah sumbangan yang terkumpul dilihat menjadi lebih mudah, telus dan selamat. Bagi mengetahui maklumat lanjut anda boleh layari pada pautan di bawah.

Layari: Aplikasi Boost E-Derma


TIPS & ULASAN