Pada Oktober tahun lalu. Intel Core i9-9900K dilancarkan sebagai cip desktop paling berkuasa dilancarkan oleh mereka. Ia dipasarkan sebagai cip paling berkuasa untuk permainan video. Di acara pra-CES pagi ini, Intel Core i9-9900KS pula dilancarkan dengan kemampuan yang lebih menakjubkan.
Kelapan-lapan teras pada i9-9900KS boleh mampu dilewah jam selaju 5.0GHz berbanding hanya satu teras sahaja pada Intel Core i9-9900K. CPU ini hadir dengan kelajuan asas 4.0 GHz yang juga lebih tinggi berbanding 3.6GHz pada i9-9900K. Sungguhpun begitu cip ini masih mengekalkan penggunaan cip grafik terbina Intel UHD 630. Menurut Intel, papan induk yang menyokong i9-9900K boleh menyokong i9-9900KS menerusi kemas kini firmware kelak. Tiada pengumuman harga tetapi cip ini akan dipasarkan tahun ini.