Kedai Jual/Beli Telefon Terpakai Di UK Membeli Huawei P30 Pro Terpakai Pada Harga RM533

Kedai Jual/Beli Telefon Terpakai Di UK Membeli Huawei P30 Pro Terpakai Pada Harga RM533

Diterbitkan pada Mei 27, 2019 oleh .

Isu antara Huawei dan Amerika Syarikat sangat serius dan semakin menjadi-jadi. Ibarat pelajar yang baru tamat belajar dan ditendang dari group WhatsApp satu per satu. Isu ini sebenarnya paling menjejaskan teknologi rangkaian Huawei yang digunapakai di serata dunia. Untuk pengguna telefon pintar, tidak perlu risau kerana Huawei dan Google menjanjikan kemaskini untuk peranti sedia ada.

Tetapi, isu ini sebenarnya turut menjejaskan nilai sebuah peranti Huawei. Di United Kingdom, kedai jual/beli telefon pintar terpakai membeli sebuah Huawei P30 Pro terpakai dengan harga £100 – iaitu sekitar ~RM533 sahaja. Harga sekitar RM500 ini akan menjadikan seorang pengguna kerugian sekitar 86% mengikut harga jualan rasmi di Malaysia (RM3799). Manakala peranti-peranti lain adalah mengikut harga pasaran, yang mana peranti terpakai dibeli pada harga hampir 50% rugi dari harga unit baru.

Tidak pasti jika di Malaysia para peniaga yang menawarkan perkhidmatan jual/beli peranti terpakai akan membeli sebuah Huawei P30 Pro pada harga sekitar RM500. Pada saya, nilainya patut ditetapkan selepas lesen sementara Huawei dan Google tamat untuk lihat apakah nasib peranti-peranti Huawei kelak.



TIPS & ULASAN