Huawei Y5 (2019) Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM459 Bermula Penghujung Minggu Ini

Huawei Y5 (2019) Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM459 Bermula Penghujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Mei 27, 2019 oleh .

Huawei Malaysia kini membawa masuk sebuah lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Y5 (2019). Telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini akan ditawarkan pada harga RM459 bermula 31 Mei 2019 ini.

Huawei Y5 2019

Dari segi spesifikasi, Huawei Y5 (2019) hadir dengan skrin 5.71-inci, dijana cip MediaTek MT6761, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut hadir dilengkapi bateri berkapasiti 3020mAh.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel. Peranti ini dijana menggunakan Android 9.0 Pie berasaskan antaramuka EMUI 9.0.

Sedikit unik untuk peranti ini adalah ia hadir dengan rekaan seumpama kulit untuk kerangka belakang, menjadikan ia berbeza dengan pelbagai peranti berspesifikasi rendah-pertengahan lain dipasaran.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Huawei Y5 (2019) pada harga RM459 bermula 31 Mei 2019 ini.


TIPS & ULASAN