Cari @ Amanz

ASUS ialah sebuah jenama yang terkenal untuk peranti, komponen dan aksesori gamingnya. Ini termasuklah produk-produk seperti papan kekunci, tetikus dan kelengkapan audio.

Bercakap mengenai itu, ASUS melalui jenama Republic of Gamers telah memperkenalkan dua buah fon kepala gaming baru, iaitu ASUS ROG Theta dan juga ASUS ROG Theta Electret.

Fon kepala ASUS ROG Theta mengambil ilham daripada fon kepala ASUS ROG Centurion, iaitu fon kepala gaming paling popular ASUS yang menggunakan taknologi audio 7.1.

Dengan ROG Theta, ASUS menggunakan empat pemacu audio ASUS Essence di setiap cawan telinga, dan menggunakan gabungan ini untuk mendapatkan kualiti audio 7.1 yang sama dengan rekaan yang lebih padat, ringan dan kualiti audio yang lebih jelas dari sebelum ini.

Dengan gabungan pemacu audio ASUS Essence dan quad-amp ESS Sabre 9601, ASUS menjanjikan 50 juta jenis bunyi audio permainan komputer yang jelas dan nyata, dan juga kebolehan untuk mengasingkan bunyi hingar dengan baik.

ASUS ROG Theta Electret pula ialah fon kepala gaming kelas audiofil, dimana daripada menggunakan pemacu audio dinamik seperti ROG Theta, ia menggunakan pemacu audio elektret yang menggabungkan gelombang elektrostatik dan juga pemacu bass dinamik.

Pihak ASUS mengatakan lagi bahawa fon kepala ini boleh disambungkan ke amplifier audio untuk mendapatkan kualiti audio yang biasanya hanya hadir melalui peranti pencinta audio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd