ASUS ROG Strix XG17 – Paparan Skrin Mudah-Alih Dengan Kadar Segar Semula 240Hz

ASUS ROG Strix XG17 – Paparan Skrin Mudah-Alih Dengan Kadar Segar Semula 240Hz

Diterbitkan pada Mei 27, 2019 oleh .

Paparan mudah-alih boleh dikatakan sesuatu yang cukup popular kebelakangan ini kerana ia boleh digunakan bersama-sama dengan konsol permainan kegemaran anda ataupun dijadikan sebagai paparan tambahan untuk komputer riba anda tanpa memakan ruang yang terlalu banyak.

Dengan paparan ASUS ROG Strix XG17, ASUS telah memperkenalkan paparan mudah-alih pertama dengan kadar segar semula 240Hz. Ia hadir pada saiz 17.3 inci dan menggunakan panel IPS yang mempunyai resolusi Full HD dan sela-masa 3ms sahaja.

Ia hadir dengan sokongan untuk sambungan micro-HDMI dan USB Type-C yang juga menyokong sambungan melalui DisplayPort. Walaupun ia mempunyai rekaan yang sangat nipis, ia mengandungi sebuah bateri yang mampu memberinya jangka hayat selama dua hingga tiga jam tanpa perlu disambungkan kepada sumber kuasa.

Ia juga mempunyai aksesori khas yang membolehkan paparan ini didirikan secara tegak.

Seperti dinyatakan sebelum ini, paparan Strix XG17 ini boleh digunakan dengan peranti-peranti lain seperti komputer riba, konsol permainan Sony PlayStation 4 ataupun Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN