Asus Zenfone 6 Edisi Khas 30 Tahun Hadir Dengan Memori 12GB RAM, Dan Storan 512GB

Asus Zenfone 6 Edisi Khas 30 Tahun Hadir Dengan Memori 12GB RAM, Dan Storan 512GB

Diterbitkan pada Mei 27, 2019 oleh .

Asus hari ini telah memperkenalkan sejumlah peranti baru bersempena Computex 2019. Menariknya, bersama-sama dengannya juga, Asus memperkenalkan telefon pintar Zenfone 6 edisi khas bersempena ulang tahun ke-30 yang hadir dengan sedikit spesifikasi tinggi.

Asus Zenfone 6

Ia hadir dengan penawaran lebih kurang menyerupai Zenfone 6 biasa, termasuk skrin 6.4-inci, cip Snapdragon 855, bateri berkapasiti 5000mAh, dan penggunaan kamera boleh-flip 48-megapixel.

Berbeza dengan versi biasa, ia juga turut hadir dengan penawaran memori 12GB RAM, selain storan 512GB. Ia juga turut hadir dengan pilihan warna hitam kusam, selain sebuah logo khusus “30 tahun” pada bahagian kerangka belakang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Zenfone 6 akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.



TIPS & ULASAN